KPN nafi hubungi Anwar supaya siap sedia bentuk kerajaan

0
1
pdrm

KETUA Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, menafikan dakwaan ada menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya bersiap sedia membentuk kerajaan.

Acryl Sani menegaskan dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Presiden PKR itu tidak benar.

“Saya tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan berhubung ucapannya yang menyebut Ketua Polis Negara menghubunginya.

“Mungkin beliau (Anwar) tersilap kata dalam keghairahan berceramah dan berkempen,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, hari ini.

Terdahulu tular satu video ucapan Anwar ketika berkempen menyatakan Ketua Polis Negara, memintanya bersedia yang berkemungkinan bakal membentuk kerajaan selepas PH dijangka memperoleh 112 kerusi Parlimen dalam PRU15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here