Jangan pakai pakaian ada logo parti – SPR

0
2

SEMUA pengundi, calon serta petugas dilarang memakai pakaian yang memaparkan lambang, simbol atau logo parti yang bertanding jika mahu mengundi hari ini.

Ia juga termasuk topi, pelitup muka dan bahan yang mempunyai imej atau apa-apa bahan kempen menjurus kepada sokongan mana-mana fahaman politik.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan berkata jika individu berkenaan gagal mematuhi peraturan berkenaan, mereka boleh dihalang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.

“SPR juga menyarankan semua yang terbabit dan hadir pada hari mengundi untuk memakai pelitup separuh muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mensanitasi tangan sepanjang berada di pusat mengundi,” katanya dalam kenyataan.

SPR turut mengingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri serta akur dengan arahan petugas ketika tiba di pusat mengundi.

“Jangan mengambil sebarang gambar kertas undi dan memuat naik di laman sosial,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here