‘Head count’: BN mendahului setakat jam 12 malam tadi – Zahid

0
46

BARISAN Nasional (BN) dilapor masih mendahului parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berdasarkan perkiraan ‘head count’ sehingga jam 12 tengah malam tadi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau percaya jika perkiraan itu diterjemahkan dalam bentuk undi BN sudah memiliki kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Katanya, jangkaan itu sudah dipotong sebanyak 20 peratus atas faktor pengundi tidak dapat keluar mengundi atau faktor faktor lain yang menyebabkan undi merosot.

“Kita buat perkiraan berdasarkan head count, dan di potong sebanyak 20% ‘casualties’.

“Kita percaya jika itu berjaya diterjemahkan di peti undi BN sudah melepasi angka yang cukup untuk membentuk kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengundi di Pusat Pengundian Madrasah Manbail Ulum Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, BN telah menggerakkan seramai 230,000 jentera untuk membantu kempen PRU15 dari segala sudut yang diperlukan.

“Pada hari ini sedang memobilsasi secara besar besaran GOTV (Get Out The Vote) untuk memastikan kelancaran proses pengundian BN bermula seawal jam 7 pagi hingga 6.30 petang ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here