Ahmad Maslan pertahan Parlimen Pontian

0
2

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan mempertahankan kerusi Parlimen Pontian yang disandangnya pada PRU15 kali ini.

Calon Barisan Nasional (BN) itu memperoleh 23,201 undi sekali gus menang dengan majoriti 5,758 undi mengatasi pencabarnya dari PN dan PH.

“Syukur, Alhamdulillah.

“Terima kasih kepada semua jentera BN yang telah bekerja kuat. Terima kasih kepada semua pengundi dan rakyat kawasan Parlimen Pontian,” tulisnya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here