Bekas suami penyanyi dangdut belasah isteri baru

0
2

SEORANG lelaki yang juga bekas suami penyanyi dangdut popular didakwa membelasah isteri baharunya.

Kejadian dipercayai dirakam seorang individu sebelum dimuat naik di aplikasi TikTok.

Video berdurasi satu minit tujuh saat itu memaparkan lelaki berambut panjang menarik tudung wanita tersebut sebelum mangsa diheret dan di tendang berkali-kali di muka serta badan.

Rakaman juga menunjukkan kanak-kanak perempuan menangis sambil mengangkat tangan sebagai tanda memohon maaf kepada individu berkenaan.

Sementara itu, individu yang memuat naik video tersebut berkata, laporan polis sudah dibuat dan mangsa kini mengalami trauma.

“Dia (mangsa) dengan anak akan dikurung di rumah, jika tersilap akan dipukul. Saya yang muat naik video itu.

“Wanita bertudung yang dalam video itu adalah orang gaji yang turut di bantai (pukul) lelaki terbabit,” tulisnya.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan telah mengesahkan kejadian.

“Kami sudah terima laporan dan sudah membuka kertas siasatan. Tindakan lanjut sedang diambil,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here