Tiada ancaman besar, BN akan tubuh kerajaan – Tok Mat

0
2

BARISAN Nasional (BN) mampu menubuhkan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kerana tidak ada isu besar yang mampu memberi ancaman kepada parti itu.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ini kerana

parti telah buat keputusan calon Perdana Menteri sejak dari awal.

“Tiada isu besar, parti telah buat keputusan calon PM (perdana menteri) adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tiada isu besar yang boleh meletup,” katanya kepada pemberita selepas program Sepetang Bersama Tok Mat di Dewan Felda Raja Alias 2 di Jempol hari ini.

Selain itu, beliau berkata usaha melaga-lagakan pemimpin BN pada PRU-15 juga tidak menjadi ‘kudis’ kepada parti itu.

Mohamad mengulangi keyakinannya bahawa BN mampu membentuk kerajaan pada pilihan raya kali ini berdasarkan maklumat terkini kajian sikap pengundi yang berpihak kepada Umno.

“Umno melakukan kajian tersendiri lebih komprehensif, kita di akar umbi, kita ada cawangan di seluruh negara, kita buat kerja mengkaji sikap.

“Banyak tempat telah melepasi 50 peratus, tetapi mana-mana kawasan yang ada tiga atau empat penjuru, kita tidak perlu 50 peratus.. dapat 43-45 peratus sudah cukup,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here