PENDUDUK di Tanah Merah mengharapkan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz terus kekal di Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Sebahagian penduduk menyifatkan tiada keperluan untuk menukar pemimpin baru memandangkan pemimpin yang sedia ada sudah dianggap terbaik.
Malah, mereka juga risau nasib penduduk bukan lagi seperti sekarang sekiranya mandat di Parlimen berkenaan diserahkan kepada pemimpin lain.
Penduduk, Muslihah Mustaffa, 30, berkata beliau tidak memilih soal parti sebaliknya memilih tubhh badan seseorang itu asama ada beliau bagus atau sebaliknya.

“Bagi saya Datuk Seri Ikmal tiada tandingannya dan saya sangat kagum dengan sifatnya yang sentiasa cakna terhadap rakyat.
“Walaupun beliau seorang Timbalan Menteri, beliau sentiasa turun padang dan sekiranya terdapat kematian, Datuk Ikmal juga akan turun sendiri.
“Bila sebut nama Datuk Ikmal, saya sangat kagum dengan sifatnya. Jadi tiada alasan untuk saya memilih orang lain kerana beliau sangat terbaik untuk warga Tanah Merah,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Penduduk, Mazul Mansor, 39, Bukit Panau , turut berpendapat sama dan mengharapkan Ikmal Hisham terus kekal di Parlimen berkenaan.

“Mana kita nak cari pemimpin seperti beliau. Jika penduduk dalam golongan orang susah atau ibu tunggal, beliau akan memberi bantuan bulanan.
“Malah, semua penduduk akan merasai bantuan daripada beliau, kerana beliau tidak pernah memilih parti dan bantuan diberikan sama rata,” katanya.-Malaysiapost

