Kenyataan penggabungan BN, PN diambil di luar konteks, dakwa Takiyuddin

0
2
takiyuddin

DATUK Seri Takiyuddin Hassan menegaskan Perikatan Nasional (PN) yakin dapat membentuk kerajaan tanpa melibatkan parti lain pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Malah, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS itu yakin Perdana Menteri yang baharu adalah daripada PN.

“Kami percaya rakyat akan lebih yakin dengan tema PN iaitu prihatin, stabil dan bersih,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan kekeliruan berhubung kenyataannya sebelum ini berhubung isu penggabungan PN dengan Barisan Nasional (BN) selepas PRU15.

Takiyuddin menjelaskan, kenyataan penggabungan BN dengan PN yang tular telah diambil di luar konteks dan tajuknya juga adalah mengelirukan pengundi.

“Dengan ini sebarang kenyataan berhubung kerjasama dengan BN tidak berbangkit dan kami (PN) berkeyakinan akan membentuk kerajaan bersendirian selepas PRU15,” katanya.

Sebelum ini, Takiyuddin didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa PN yakin dapat membentuk kerajaan menerusi gabungan dengan parti lain terutama BN pada PRU15.

Beliau dipetik sebagai berkata turut menjangkakan BN akan menerima gabungan tersebut namun menegaskan PN tidak akan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here