LRT laluan Kelana Jaya beroperasi tanpa sebarang masalah

0
1

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya yang mula beroperasi sepenuhnya hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang masalah setakat ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata bagaimanapun terdapat sedikit kesesakan berlaku namun kakitangan bertugas akan terus memantau dan mengawal situasi di stesen-stesen terutama pada waktu puncak.

“Saya dimaklumkan oleh pasukan di lapangan bahawa pengoperasian semula LRT Kelana Jaya sejak jam 6:00 pagi hari ini berjalan lancar dan memuaskan.

Pengoperasian semula LRT Kelana Jaya sejak jam 6:00 pagi hari ini berjalan lancar dan memuaskan.

“Hanya sedikit kelewatan pada jam 12:43 tengah hari tadi yang menjejaskan stesen tertentu di sekitar Stesen Damai, namun telah diatasi dengan segera dan diselesaikan dalam masa 15 minit,” katanya dalam hantaran Facebook.

Ka Siong berkata, kakitangan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah dikerah untuk berada di lapangan sambil dibantu pasukan polis bantuan.

Ujarnya, bas pengantara sebanyak 92 buah masih diteruskan memandangkan sesetengah penumpang masih memilih perkhidmatan tersebut.

Bas pengantara sebanyak 92 buah masih diteruskan memandangkan sesetengah penumpang masih memilih perkhidmatan tersebut.

“Dalam masa sama, kakitangan Rapid Rail turut menjelaskan secara terperinci kepada para pengguna mengenai pampasan mereka susulan penutupan 16 stesen LRT Laluan Kelana Jaya selama 5 hari sebelum ini.

“Bagi pihak Kerajaan dan pengendali perkhidmatan LRT, saya sekali lagi memohon maaf atas kesulitan yang dialami oleh penumpang yang terjejas.

“Kami akan terus memantau keadaan dan melakukan yang terbaik untuk memastikan perkhidmatan LRT berjalan lancar,” katanya.

Sebelum ini, Rapid KL memaklumkan sebanyak 16 stesen LRT dari stesen Kelana Jaya hingga Stesen Ampang Park digantung operasi selama tujuh hari bermula 9 November.

Bagaimanapun, perkhidmatan LRT laluan Stesen Kelana Jaya kembali dibuka sepenuhnya bermula jam 6 pagi hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here