22,265 mahasiswa di Sarawak bakal terima peranti siswa – PM

0
1

SEJUMLAH 16,505 daripada 22,265 pemohonan yang diluluskan menerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah diagihkan kepada mahasiswa yang layak di negeri Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sejak pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada September lalu, 350,000 permohonan telah diluluskan dan lebih 220,000 atau 60 peratus tablet telah diedarkan.

Katanya, kerajaan komited dalam membangunkan infrastruktur digital di seluruh negara agar akses infrastruktur digital berkualiti tinggi dan meluas dapat menjadi asas kepada transformasi ekonomi, sosial dan pembangunan tenaga kerja berkaitan.

“Saya juga difahamkan bahawa sesi agihan turut dijalankan di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada hari ini melibatkan lebih 400 mahasiswa di sekitar Sibu.

“Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) yang merupakan peneraju inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Pembukaan Jalan Seksyen Selangau dan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia, di Sibu Sarawak hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan memperuntukkan RM450 juta di bawah Bajet 2023 bagi melaksanakan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Katanya, setiap pelajar yang layak akan menerima sebuah peranti berbentuk tablet secara percuma dan berjenama, berkualiti tinggi, mempunyai spesifikasi yang terkini dan disertakan jaminan daripada pengilang.

“Justeru kerajaan menyediakan PerantiSiswa untuk anak-anak Keluarga Malaysia bagi merapatkan jurang digital dengan menyediakan satu tablet bagi seorang mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here