Syed Saddiq isytihar aset bernilai RM1.9 juta

0
2

CALON Muda di Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengisytiharkan aset bersihnya berjumlah RM1.9 juta.

Presiden Muda itu berkata pengisytiharan harta setakat 30 September lalu itu dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960.

Katanya, kebanyakan aset itu diperoleh sebelum dan selepas menyertai politik serta sepanjang menjadi menteri belia dan sukan.

Syed Saddiq juga turut mengisytiharkan dua kucingnya Toby dan Meow Meow sebagai sebahagian daripada aset berharganya, walaupun dia menyenaraikan nilai kucing berkenaan sebagai “tidak ternilai”.

“Semasa kami berkhidmat dalam Kabinet (Pakatan Harapan), kami diminta mengisytiharkan apa-apa hadiah yang nilainya melebihi RM500.

“Saya mendapat kucing saya pada 2018, jadi saya terpaksa mengisytiharkannya serta ia adalah hadiah daripada abang dan rakan saya,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here