Rakyat mahu Ismail Sabri jadi PM, teruskan Keluarga Malaysia

0
2
Fatimah Nekmat

RAMAI rakyat mahukan Datuk Seri Ismail Sabri terus menjadi Perdana Menteri supaya konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkannya yang banyak membantu rakyat secara keseluruhan dapat diteruskan.

Bagi peniaga, Mohd Rosli Mahat, 45, konsep Keluarga Malaysia memang sangat bagus dalam membantu rakyat terutama bagi golongan B40 dan penduduk di luar bandar.

Mohd Rosli Mahat

“Saya sokong beliau jadi Perdana Menteri dan bawa konsep itu..kalau boleh biarlah berterusan sehingga masa akan datang. Teruskan dan banyakkan kebaikan kepada rakyat terutama golongan B40.

“Pada pandangan saya Ismail Sabri seorang yang berjiwa rakyat dan senang nak didekati,” katanya.

Pesara polis S Balakrishnan, 67, pula berpendapat semua inisiatif yang diberikan sememangnya diperlukan rakyat.

“Apa yang dia (Ismail Sabri) beri sangat baik untuk semua rakyat..apa yang diberi itu memang betul untuk bantu dan kebaikan rakyat.

“Dia ada (jadi Perdana Menteri) lagi baik dan Malaysia akan jadi lebih baik lagi,” katanya yang mengharapkan Ismail Sabri dapat meningkatkan lagi ekonomi negara untuk kemakmuran rakyat.

Sementara itu, Fatimah Nekmat, 66, bersyukur dengan kepimpinan Naib Presiden Umno itu sebagai Perdana Menteri kerana golongan susah banyak dibantu.

Fatimah Nekmat

Menurutnya, bantuan-bantuan yang diterimanya termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sedikit sebanyak meringankan beban ditanggungnya yang hanya berniaga kecil-kecilan.

Fatimah berkata, beban berkenaan termasuk kos mengadakan majlis perkahwinan anak baru-baru ini, selain anak-anak turut merasa ringan beban apabila boleh mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Dengan bantuan dia (Ismail Sabri), KWSP boleh dikeluarkan, anak-anak dapat belanjakannya, belum umur 55 tahun dah dapat merasa (simpanan KWSP),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here