Politik lapuk Rafizi tidak lagi relevan, buat anak muda meluat

0
1

KETUA Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin mendakwa politik yang dimainkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli sebagai lapuk serta tidak lagi relevan.

Beliau berkata, politik lapuk dan murahan yang sekian lama membelenggun negara hanya menyebabkan golongan anak muda semakin tawar hati.

“Sudah tentu kita pernah terfikir. Kenapa begitu ramai anak muda dan rakyat tidak mahu ambil peduli dengan politik.

“Tanya nama Perdana Menteri pun ada anak muda tak boleh jawab. Golongan atas pagar pula semakin ramai yang tawar hati dengan permainan politik murahan lapuk yang sekian lama membelenggu negara kita,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, Rafizi menggesa Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi penjelasan berhubung status kelulusan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.

Rafizi mendakwa, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam proses untuk menganugerahkan projek secara rundingan terus itu kepada kontraktor dilantik.

Katanya, tindakan itu sama sekali melanggar undang-undang kerana tiada sebarang keputusan, aku janji atau anugerah boleh dibuat dalam tempoh kerajaan sementara.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menyangkal tuduhan berkenaan dan menegaskan tidak pernah meluluskan sebarang peruntukan dari mana-mana projek setelah Parlimen dibubarkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here