Pengundi muda tolak politik kebencian – Mohd Khairuddin

0
2

CALON Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan, pengundi muda hari ini menolak politik kebencian yang menjadi modal kempen parti politik tertentu.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen itu berkata, mereka turut membenci amalan politik provokasi dan persepsi yang tidak membawa keuntungan serta memecah-belahkan perpaduan.

“Rakyat kini cerdik. Mereka lihat media sosial termasuk Facebook dan TikTok, mereka mahukan kesatuan umat, inilah kehendak anak muda hari ini.

“Cukup-cukuplah bermain politik. Mereka mahukan negara yang gagah, stabil dan makmur untuk kehidupan seterusnya untuk anak cucu mereka. Zaman pertembungan sudah berlalu, siapa bawa idea ini mereka akan ketinggalan,” katanya.

Beliau mengulas serangan peribadi yang dijadikan modal kempen apabila ada poster yang menghina Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Bahan yang tertera ‘Pemimpin Umno Cabul Kehormatan’ dan ‘Cekor’ menjadi bahan kempen pihak tidak bertanggungjawab sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli dan penyokong BN.

Khairuddin berkata, BN kekal konsisten membawa idea penyatuan umat.

“Saya jadi saksi bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi konsisten berpakat dengan umat bahkan masih menawarkan muafakat pada saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here