PRU15: Zafrul berdepan saingan 4 penjuru 

0
1

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang bertanding kerusi Parlimen Kuala Selangor akan berdepan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Menteri Kewangan yang pertama kali bertanding PRU turut dicabar penyandang kerusi terbabit iaitu Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Turut bertanding adalah calon daripada Parti Pejuang, Mohd Shaid Rosli dan Mohd Noor Mohd Sahar (PN-PAS).

Bagaimanapun, R Loganathan daripada Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang sebelum ini mengesahkan mahu bertanding di Parlimen itu tidak hadir menghantar borang pencalonan.

Pengumuman rasmi pencalonan mereka itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Selangor, Rahilah Rahmat di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Kira-kira 500 penyokong parti yang bertanding berkumpul di pekarangan stadium sejak jam 8 pagi.

Dr Dzulkefly memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 8,498 undi sekali gus merampas semula kerusi yang pernah dimenanginya pada PRU12.

Beliau tewas kepada Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN) pada PRU13. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here