Hujan, cuaca mendung di kebanyakan pusat penamaan calon PRU15

0
1
pru mpost banner

CUACA mendung selain hujan renyai melanda di kebanyakan lokasi di pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) awal pagi ini.

Antara kawasan yang dilaporkan hujan termasuklah di Kuala Krai, Machang dan Ketereh di Kelantan; Pekan dan Jerantut (Pahang); Kuala Pilah dan Seremban (Negeri Sembilan); Kota Tinggi, Johor Bahru, Ayer Hitam dan Mersing (Johor) serta ibu negara.

Pusat penamaan di Kemaman, Terengganu; Kota Tinggi, Johor dan Tambun, Perak masih mengalami hujan berterusan sejak malam semalam.

Beberapa kawasan di Sabah dan Kedah pula dilaporkan cerah seperti di Semporna, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Marudu dan Kinabatangan di Sabah serta Alor Setar dan Padang Terap, Kedah.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan monsun timur laut (MTL) akan berlaku lebih awal dari jangkaan, ketika negara bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, berkata seperti musim-musim yang lalu, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Katanya, sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat. – MetMalaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here