Anwar seru rakyat Kelantan tolak BN, PN

0
1

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu rakyat Kelantan menolak Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, rakyat Kelantan perlu menghantar mesej yang jelas berhubung penolakan berkenaan dengan memastikan PH menang di negeri berkenaan.

“Meskipun PAS merupakan rakan komponen dalam kerajaan yang lalu, mereka ternyata gagal dalam membetulkannya.

“Rakyat Kelantan mesti menghantar mesej yang jelas pada pilihanraya kali ini dan pilih PH,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, beliau menghadiri program penutup Siri Jelajah PH ke Kelantan, malam tadi.

Menurut Anwar, kerajaan yang peka adalah yang peduli nasib rakyat dan mesti mempunyai rencana jelas dalam menyelesaikannya.

“Saya tegaskan bahawa masalah kos sara hidup rakyat tidak didepani dengan baik oleh kerajaan PN dan BN, dan rakyat di bawah terus terkesan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here