KJ akui berdepan cabaran besar di Sungai Buloh

0
2

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui bakal berdepan cabaran besar dalam usaha memenangi kerusi Parlimen Sungai Buloh di Selangor yang bakal ditandinginya.

Khairy yang tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Rembau, diumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh oleh kepimpinan parti, malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Sungai Buloh dimenangi R Sivarasa mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti besar iaitu 26,634 undi.

Di sebalik keputusan lalu, Khairy bagaimanapun berkata beliau akan melakukan yang terbaik serta berusaha meyakinkan seramai mungkin pengundi.

“Alhamdulillah saya baru sahaja diumumkan sebagai calon BN bagi kerusi P.107 Sungai Buloh.

“Walaupun cabaran besar, saya akan buat yang terbaik untuk jumpa dan meyakinkan seramai mungkin pengundi Sungai Buloh untuk memberi peluang kepada saya,” katanya.

Pada PRU15 ini, Khairy bakal berdepan Timbalan Ketua Penerangan I PKR, Datuk R Ramanan yang mewakili PH, manakala Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan Mohd Ghazali Md Hamin dari PAS. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here