BN Pulau Pinang akan beri tentangan hebat dalam PRU-15 – Musa

0
1

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir menasihatkan kepada semua anggota parti terutama yang tidak terpilih sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini supaya agar meneruskan perjuangan untuk memastikan kemenangan parti.

Beliau berkata, tidak terpilih sebagai calon kali ini bukan bermakna mereka tidak bagus, tetapi mungkin hanya kurang bernasib baik.
 
“Kepada yang tidak dipilih sebagai calon, ini bukan rezeki kita dan mungkin akan dapat lebih baik akan datang. Teruskan berjuang dan pastikan parti kita dapat kemenangan yang cemerlang kali ini,” katanya kepada Malaysiapost hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Kepala Batas, Msjid Bandar Putra Bertam dan Kepala Batas Youth Centre (KBYC), di Kepala Batas, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Beliau mengulas mengenai, beberapa nama besar dan penyandang Parlimen yang tidak diumumkan sebagai calon oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Ditanya mengenai, calon-calon yang telah diumumkan untuk bertanding di parlimen Pulau Pinang, beliau mengakui setakat ini tiada bantahan dan hanya rasa sedikit tidak puas hati oleh segelintir ahli.

“Di Pulau Pinang ini mungkin ada sedikit rasa tidak puas hati atas pengumuman calon yang bertanding di Parlimen negeri ini, tetapi tidak serius kerana semua sayang dan utamakan parti, jadi tiada masalah sampai nak tutup bilik gerakan tak ada dengar lagi setakat ini

“Malah nama-nama yang diumumkan itu dicalonkan oleh ahli-ahli Bahagian kemudian di bawa kepada Presiden untuk dipilih,” katanya.

Menurutnya, BN Pulau Pinang akan memberi tentangan yang hebat dalam pilihan raya kali ini, walaupun kalah pada 2018.

“Calon-calon yang dipilih kali ini mereka ini sentiasa bersama rakyat dan bekerja untuk rakyat. Jadi rakyat boleh menilai yang mana patut jadi Ahli Parlimen dan yang mana tidak. Boleh bandingkan dengan wakil rakyat yang menang PRU-14 dengan wakil rakyat BN walaupun kalah kita masih bantu rakyat.

“Saya minta rakyat Pulau Pinang nilailah dan pilihlah mana yang betul-betul bekerja kuat untuk rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyatakan keyakinan terhadap calon Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican akan berjaya mengekalkan kemenangan BN di kawasan berkenaan.

“Saya ingat orang Kepala Batas kalau tak pilih Reezal Merican, saya tak tahu nak pilih siapa lagi. Banyak jasa dan sumbangannya kepada Kepala Batas. Rakyat Kepala Batas dia tak pernah tinggal dan pinggirkan serta selalu pulang ke kawasan untuk bertemu rakyat

“Saya harap penduduk Kepala Batas ini kekalkanlah Reezal Merican sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here