Ku Nan pertahan Putrajaya, Asyraf ke Gerik

0
1
PUTRAJAYA, 8 Mei -- Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengadakan sidang media hari ini mengenai Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-71 yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis. --fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

BENDAHARI BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dijangka akan kekal mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya.

Meskipun terdapat spekulasi sebelum ini mendakwa Tengku Adnan bakal berundur pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, namun khidmatnya masih diperlukan BN.

Menurut sumber dalaman Umno, BN yakin Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan mampu mempertahankan kerusi berkenaan.

“Ku Nan hampir pasti mempertahankan kerusi Putrajaya, memang beliau berhasrat untuk tidak bertanding, namun BN masih meletakkan harapan padanya.

“Tiada masalah untuk Ku Nan mempertahankan kerusi Putrajaya mesikipun bakal disaingi Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin,” katanya kepada Malaysiapost.

BN akan mengumumkan calon yang bertanding dalam PRU malam ini.

Terdahulu, spekulasi bertiup kencang 10 penyandang kerusi BN bakal digugurkan daripada bertanding dalam PRU15 kali ini.

Dalam pada itu sumber memaklumkan Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bakal bertanding di Parlimen Gerik.

Manakala Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarikh Khan bakal membawa cabaran BN di kerusi Padang Besar bagi menggantikan penyandangnya Datuk Zahidi Zainul Abidin.

“Asyraf dan Zahida sah akan bertanding di Parlimen Gerik dan Padang Besar.

“Kerusi yang dianggap selamat buat dua panglima Umno itu,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here