‘Kalau dia bukan PAS, apasal nak bertanding bawah label PAS’ – Zaid Ibrahim

0
1

PENGUNDI PAS di Kelantan dan Terengganu perlu menolak calon daripada luar parti itu yang bertanding menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, berkata penyokong PAS perlu mendengar nasihat bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang meminta mereka menyokong Barisan Nasional (BN).

“Saya setuju dengan saranan Mohd Khairuddin, jangan undi orang yang bukan daripada PAS sendiri, semata-mata menggunakan logo PAS.

“Kalau Jeli pakai label PAS, tak gunalah kita undi dia. Apasal dia pakai silap mata ni?

“Kalau dia bukan PAS apasal dia nak bertanding bawah label PAS,” katanya dalam rakaman video dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Semalam, Mohd Khairuddin menggesa penyokong PAS supaya mengundi BN pada PRU15 bagi menghalang Pakatan Harapan (PH) daripada berkuasa semula.

Pada 27 Oktober lalu, media melaporkan, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Bersatu akan bertanding menggunakan logo PAS di Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, Zaid menyeru penyokong BN khususnya di Kelantan seharusnya menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan untuk mewakili parti pada PRU15.

Beliau berharap mereka tidak terikut-ikut dengan PH dan Bersatu yang bertelagah sesama sendiri kerana tidak berpuas hati dengan senarai calon yang diumumkan pucuk pimpinan.

“Di Kelantan katanya banyak pertukaran calon, tunggulah sehari dua ini.

“Kalau calon yang dikemukakan oleh parti tu kita sokong sahajalah, jangan pertikai. Jangan jadi macam puak-puak PH dan Bersatu sampai ada yang letak jawatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here