Annuar ajak PAS terus perkasa muafakat Melayu Islam

0
2

TAN Sri Annuar Musa menyambut baik kenyataan PAS yang tidak pernah menganggap parti itu sebagai musuh walaupun tidak bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Sehubungan itu, bekas Setiausaha Agung BN itu mengajak kedua-dua parti memperkasa muafakat Melayu Islam supaya tidak dipertanggungjawab di akhirat nanti.

Malah, Annuar yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh mahu PAS dan BN berusaha sedaya upaya ke arah itu dan jangan berputus asa.

“Kita tidak perlu bermusuh. Kita saling melindungi sesama umat,” katanya dalam catatan menerusi Facebooknya.

Annuar yang menyahut lambaian persahabatan kedua-dua parti itu berkata, mereka seharusnya mengenali musuh yang sebenar.

“Terima Kasih PAS dan SUA (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) kerana satu kenyataan bijaksana dan berhemah,” katanya.

Semalam, Takiyuddin dilapor berkata, PAS kekal dengan pendirian tidak pernah menganggap BN sebagai musuh walaupun tidak bekerjasama pada PRU15.

Beliau berkata, sebaliknya berasakan musuh mereka sama ada PAS dan BN adalah Pakatan Harapan (PH). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here