BN pertaruhkan Anuar Basiran di Sepang, Isham di Shah Alam?

0
1

Aiman Hanif

NAIB Ketua Umno bahagian Sepang, Anuar Basiran disebut sebagai calon BN yang bakal dipertaruhkan bagi merampas kembali Parlimen Sepang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bulan depan.

Menurut sumber Umno, Anuar mempunyai kelebihan di Sepang kerana sering mendekati pengundi meskipun kerusi Parlimen berkenaan dimenangi parti lawan.

“Nama Anuar dipertimbangkan untuk bertanding sebagai calon BN di Sepang pada PRU15 nanti. Ia dalam pertimbangan pucuk pimpinan parti.

“Apa yang boleh saya perkatakan, ia hampir pasti menjadi kenyataan. Anuar dilihat memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan Umno, BN,” katanya kepada Malaysiapost.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Sepang dimenangi calon Parti Amanah Negara (Amanah), Hanipa Maidin pada PRU14 lalu.

Kerusi berkenaan sebelum ini merupakan kerusi tradisi Umno, BN.

Pemimpin Bersatu Datuk Seri Rina Harun dijangka akan bertanding di kerusi berkenaan mewakili Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu sumber memaklumkan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil pula akan dipertaruhkan BN bagi merampas kerusi Parlimen Shah Alam.

“Isham merupakan muka baharu yang mendapat kepercayaan parti untuk membawa cabaran bagi merampas kerusi Parlimen Shah Alam.

“Beliau mempunyai kredibiliti dan dilihat layak untuk mencabar kerusi yang dimenangi Khalid Samad sebelum ini,” katanya lagi 

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah tidak mempertahankan kerusi berkenaan dan bertanding di Parlimen Titiwangsa bagi PRU15 nanti. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here