Khianat mengkhianati akan terus berlaku dalam PH, PN dan GTA – Zahida

0
2

PERBUATAN khianat mengkhianati dalam Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) adalah perkara yang tidak mengejutkan serta sudah dijangka akan berlaku, kata Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan.

Menurutnya, perkara itu juga akan terus berlaku dan rakyat menjadi mangsa kesan daripada kegilaan pemimpin-pemimpin gabungan berkenaan.

Beliau berkata selain Barisan Nasional (BN), gabungan lain hanya akan mengkitar semula isu yang sama dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mereka

“Tiada apa yang baru, tiada tawaran baik agenda rakyat selain daripada politik kebencian dan fitnah. Khianat mengkhianati akan terus berlaku, rakyat terus jadi mangsa kesan kegilaan mereka. Hilanglah prinsip dan maruah seorang pemimpin.

“Berbeza dengan Umno-BN yang mahukan kuasa untuk pulihkan kembali semangat rakyat, pulihkan kembali ekonomi rakyat, tawarkan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup merendah diri dan melupakan perbuatan ‘khianat’ Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama untuk menghadapi PRU-15.

Zahida, berkata sebagai contoh  hasil mandat rakyat kepada BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk, manakala manfaatnya kembali kepada rakyat.

Menurutnya, ada banyak lagi bukti BN jauh lebih baik daripada PH, PN, GTA serta sekutu-sekutu gabungan berkenaan dan 19 November ini adalah peluang keemasan untuk rakyat kembalikan semula negara ke landasan sepatutnya.

“Apabila diberi peluang berkuasa, mereka gagal, seriklah beri kuasa kepada parti yang terbukti tidak mampu.

“Seperti kata pepatah ‘Ibarat tikus membaiki labu’ itulah PH dan serpihan mereka Negara sudah jauh terkebelakang hasil kerosakan daripada tangan-tangan mereka,” katanya.

Beliau menyeru semua pengundi terutama pengundi muda dan yang pertama kali mengundi agar menjadi isyarat bahawa rakyat mahukan kerajaan yang benar-benar dan mampu mentadbir.

“Bukan sekadar janji tipu, harapan palsu, propaganda dan retorik semata-mata. Tetapkan pendirian, undi BN demi kestabilan dan kemakmuran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here