Muhyiddin sedia berdebat calon PM

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=574259370724922&set=pb.100044225926298.-2207520000..&type=3

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia berdebat dengan mana-mana calon Perdana Menteri sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bulan depan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tiada masalah berbuat demikian, asalkan tujuan program berkenaan tidak mempunyai muslihat tertentu oleh mana-mana pihak.

“Saya tiada masalah untuk debat atau dialog.

“Kalau penganjur jemput secara rasmi, (debat) itu sesuai, tidak timbul reaksi tidak elok dan dibuat secara adil, saya tiada masalah,” katanya selepas program sembang santai bersama masyarakat Cina di Kedai Kopi Pekan Bukit Kepong.

Menurutnya, beliau tiada masalah untuknya berbincang mengenai soal isu ekonomi, pemulihan negara, pendidikan atau antarabangsa dalam debat itu nanti.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), PN dan Barisan Nasional (BN) berdebat secara terbuka sempena PRU15.

Ismail Sabri dilapor berkata debat bukan “bukan budaya kita” dan perbahasan disarankan tidak akan mendatangkan sebarang hasil.

Pada 20 Oktober lalu, Anwar mencadangkan calon Perdana Menteri daripada PH, PN dan BN berdebat secara terbuka sempena PRU15.

Beliau berkata, menerusi perdebatan itu, rakyat boleh menilai tentang soal hala tuju dan masa depan negara.

Anwar merupakan calon Perdana Menteri PH, manakala Muhyiddin calon jawatan itu bagi PN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here