DENGAN sekali lafaz, pasangan pelakon, Adam Lee, 28, dan Sweet Qismina, 25, selamat diijabkabulkan pada jam 10.40 pagi ini.
Pasangan mempelai dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak Selangor, Mohamad Khairin Hussein.
Pada majlis itu, Sweet Qismina atau nama sebenar, Farhanna Qismina Supandi menerima mas kahwin sebanyak RM2,410.97.
Nilai mas kahwin yang diserahkan Adam atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee itu sebagai simbolik kepada tarikh lahir pelakon itu pada 24 Oktober 1997.
Lebih manis, majlis pernikahan pasangan itu turut memberi makna buat Sweet yang menyambut sambutan ulang tahun ke-25 pada hari ini.
Pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima dulang, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Sweet dan Adam mengikat tali pertunangan pada 24 Oktober tahun lalu, yang juga tarikh ulang tahun kelahiran Sweet ke-24.
Pasangan itu menjalinkan hubungan cinta sejak 2018 selepas Sweet mempelawa Adam ke malam kemuncak ABPBH 31, sebaik selesai penggambaran drama yang kali pertama menggandingkan mereka, Adam Chempaka. – Malaysiapost

