Ismail Sabri ucap selamat menyambut Deepavali

0
1

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua Keluarga Malaysia beragama Hindu yang meraikan perayaan itu, hari ini.

Ismail Sabri juga berharap perayaan itu akan memekarkan lagi perpaduan antara rakyat.

“Semoga pesta cahaya ini memekarkan lagi perpaduan, menyimpulkan ikatan tali perhubungan antara Keluarga Malaysia dan keharmonian sesama kita.

“Saya yakin, perayaan Deepavali pada tahun ini disambut dengan lebih meriah bersama-sama keluarga dan rakan taulan yang tersayang,” katanya menerusi Facebook.

Dalam hantaran berasingan, Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah sebuah negara unik yang berkongsi rasa dan meraikan perbezaan.

Justeru katanya, kerana itulah Malaysia menjadi cukup harmoni dan berbeza berbanding dengan negara lain.

“Tose, muruku, bunga api, kain sari dan dhoti, paluan gendang, lagu-lagu popular Deepavali berkumandang, menggambarkan betapa meriah sambutan Deepavali negara kita pada tahun ini.

“Sudah menjadi kemestian, saya berkunjung ke Little India Brickfield untuk melihat sendiri persiapan masyarakat India menyambut Deepavali.

“Jika pulang ke kampung, hati-hati lah di jalan raya. Nikmati perayaan ini dengan bahagia bersama keluarga tercinta,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here