‘Saya tidak kisah dituduh pengkhianat’ – Muhyiddin

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=574259370724922&set=pb.100044225926298.-2207520000..&type=3

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak kisah hilang jawatan dalam kerajaan dan dituduh pengkhianat asalkan beliau tidak mengkhianati bangsa, agama dan negara.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menegaskan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin mesti disempurnakan agar dapat mengangkat bangsa dan negara ke satu harakah yang tinggi, lebih maju dan berjaya.

“Ini bermakna apabila diberi tugas dan tanggungjawab, maka mestilah dilakukan sebaik mungkin. Jangan sesekali pecah amanah kerana ia berdosa besar.

“Dulu kita bangga dengan Malaysia yang hebat, tetapi mutakhir ini ramai yang malu dengan kebobrokan yang berlaku gara-gara rasuah dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin negara,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Menurut Muhyiddin, beliau ‘ditendang keluar’ daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Umno hanya kerana membuat teguran mengenai skandal 1MDB, yang merupakan ‘rompakan’ terbesar dalam sejarah negara, sehingga mencemarkan nama baik Malaysia di mata dunia.

“Tak apalah. Mungkin Allah tidak mahu saya bersama-sama orang yang mungkar,” katanya.

Malah, Muhyiddin mendakwa tindakannya meninggalkan Pakatan Harapan (PH) kerana tidak tahan dengan tuntutan DAP dan PKR yang tidak begitu sesuai dan bercanggah dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.

“Saya tidak kisah dituduh pengkhianat kerana saya tidak boleh mengkhianati bangsa, agama dan negara.

“InsyaAllah, jika kita dapat membentuk kerajaan maka kita akan melakukan yang terbaik untuk kemaslahatan rakyat.

“Kepada pengundi, buatlah pertimbangan yang bijaksana. Hanya PN yang boleh membentuk kerajaan yang berintegriti. Tidak ada pilihan lain selain PN,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here