PRU15: PH sedia lawan habis-habisan demi masa depan negara

0
1

RAKYAT harus menilai dengan bijak kewibawaan dan dasar yang diketengahkan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, turut menasihati semua pihak supaya tidak menggunakan medan PRU15 ini untuk menghambur kecaman dan menebar fitnah sepertimana yang berlaku kebelakangan ini.

“PH punyai hala tuju jelas antaranya menawarkan tatakelola baik, membanteras rasuah, memacu ekonomi dan menjamin keharmonian pelbagai kaum yang ada di negara ini.

“Justeru, saya menggesa rakyat Malaysia untuk bersama memberi peluang kepada PH bagi mentadbir negara sekali gus dapat memberikan khidmat baik buat semua,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Anwar hadir program bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan pimpinan PH di Pulau Pinang malam tadi.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, PH khususnya di Pulau Pinang akan ‘masuk’ ke dalam gelanggang PRU15 dengan matlamat untuk melawan berhabis-habisan demi masa depan negara.

“Adalah diharapkan 11 kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU14 di Pulau Pinang pada 2018 dapat dikekalkan,” katanya.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, pihaknya turut berharap PH mampu merampas dua kerusi Parlimen iaitu Tasek Gelugor serta Kepala Batas pada PRU15.

“Pulau Pinang mahu menjadi antara penyumbang kerusi Parlimen terbanyak, dan seterusnya membentuk Kerajaan Pusat di Putrajaya,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here