PRU15: PH enggan ‘bersama’ Dr Mahathir, GTA

0
1
https://www.facebook.com/saifuddin.nasution/photos

PAKATAN Harapan (PH) menyatakan pendirian menolak kerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan perkara itu menerusi ciapan di Twitter, semalam.

“Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional). Tapi Pakatan Harapan (PH) akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Dr Mahathir.

“Kami doa Dr Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Dr Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya,” katanya.

Tredahulu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA dan Penasihat Parti Pejuang Tanah Air menyatakan kesediaan bertemu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.

Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan keyakinan mempunyai matlamat yang sama dengan Anwar dalam mengetepikan BN malah sedia mengambil langkah pertama ke arah kerjasama itu.

Dalam masa sama, Anwar memaklumkan beliau tiada masalah bertemu dan berbincang dengan Dr Mahathir mengenai kerjasama politik menjelang PRU15.

Malah, Anwar yang juga Presiden PKR menegaskan, perkara yang ditekankan PH ialah kepentingan melawan PN dan BN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here