JKN Pahang kutip kompaun RM1.8 juta kesalahan merokok

0
1

Ben Ibrahim

JABATAN Kesihatan Negeri (JKN) Pahang merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM1.8 juta melalui operasi penguatkuasaan larangan merokok sejak awal tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Dalam operasi pada Jumaat dan Sabtu lalu, JKN Pahang mengeluarkan 229 notis kompaun berjumlah RM53,850.

“Operasi dilakukan serentak di semua daerah di Pahang membabitkan 78 pegawai inspektorat JKN Pahang di 372 lokasi.

“Hasil pemeriksaan mendapati masih ramai yang ingkar dengan perintah larangan merokok ditetapkan kerajaan.

“Dalam pemeriksaan dua hari itu juga mengesan 27 individu belum cukup umur merokok, menghisap vape dan memiliki hasil tembakau,” katanya dalam satu kenyataan media di Kuantan, pagi tadi.

Nor Azimi berkata, operasi berkaitan PPKHT awal tahun ini hingga 22 Oktober lalu mencatatkan sejumlah 7,645 notis kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Katanya, paling banyak kes dikesan membabitkan kesalahan merokok di kompleks membeli-belah dan tempat atau kedai makan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here