Takiyuddin nafi nikahi Rina Harun

0
2

SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan akhirnya berterus terang menjawab teka-teki spekulasi beliau telah bernikah dengan Ketua Srikandi Bersatu Datuk Seri Rina Harun.

Meskipun tidak menyebut nama Rina, Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu menegaskan, beliau tidak pernah bernikah dengan mana-mana wanita sejak 15 tahun yang lalu.

Menurutnya, perkahwinan merupakan isu yang sangat peribadi bagi setiap individu.

“Saya nak beritahu bahawa dalam tempoh 10 ataupun 15 tahun sebelum ini saya tidak pernah mendirikan rumah tangga dengan sesiapa saja.

“Sepuluh tahun itu dua kali pilihan raya, 15 tahun itu tiga kali (pilihan raya). Saya… saya tak pernah mendirikan rumah tangga dengan siapa-siapa saja,” katanya memetik laporan Astro Awani, hari ini.

Khabar angin bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu, Takiyuddin telah mendirikan rumah tangga dengan Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Beberapa hari lalu, media turut bertanya soalan sama kepada Takiyuddin.

Bagaimanapun penyandang kerusi Parlimen Kota Bharu itu terus berteka teki mengenai isu tersebut dengan menjawab, isterimya merupakan seorang pengundi di Malaysia.

“My wife is a voter in Malaysia, so she’s considered as a politician, a voter is a politician (isteri saya seorang pengundi di Malaysia, jadi dia dianggap sebagai ahli politik, seorang pengundi adalah seorang ahli politik),” katanya. – Malaysiapost

Kredit foto: Freemalaysiabaru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here