PRU15: ‘Tolak sistem yang hanya memanfaatkan elit politik’ – Anwar

0
2

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu parti itu bangkit serta berkerja keras untuk memastikan suara rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata gabungan itu juga perlu sepakat dan bersatu demi merealisasikan sebuah sistem baharu yang lebih prihatin dan membela nasib rakyat.

“Seperti yang kita jelaskan dalam kenyataan yang terakhir, tumpuan seharusnya diberikan kepada musim tengkujuh dan ancaman banjir yang akan tiba.

“Dan sekarang setelah proses pilihan raya ini dipaksakan, kita mesti bangkit bekerja dan memastikan suara rakyat menang.

“Kita mesti bersatu dalam memungkinkan sebuah sistem yang baharu yang lebih prihatin dan membela rakyat,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menghadiri program ‘Jelajah Rakyat Tapah’ untuk mendengar permasalahan menghimpit rakyat dan negara terutamanya berhubung pembubaran Parlimen.

Dalam pada itu Anwar menegaskan, reformasi perlu dilaksanakan untuk membanteras sistem yang hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu, sebaliknya nasib rakyat terpinggir.

“Usah kita terus berpaut kepada satu sistem yang hanya memanfaatkan elit politik, dan rakyat dibiar merana,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here