Pelakon watak Hagrid dalam filem Harry Potter meninggal dunia

0
2

PEMINAT filem Harry Potter dikejutkan dengan berita kematian seorang pelakon dalam siri karya terkenal tersebut iaitu Robbie Coltrane, semalam.

Memetik CNN, Robbie Coltrane yang melakonkan watak sebagai Hagrid dalam filem Harry Potter meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Bagaimanapun, punca kematian pelakon berasal dari Scotland itu tidak didedahkan kepada umum.

Selain siri Harry Potter, Coltrane juga muncul dalam drama bersiri British iaitu iaitu Cracker dan filem James Bond, GoldenEye dan The World Is Not Enough.

Menurut pelakon Daniel Radcliffe, yang membawa watak Harry Potter menyifatkan Coltrane sebagai salah seorang yang paling kelakar yang pernah ditemuinya.

“Saya rasa sangat bertuah kerana berpeluang bertemu dan bekerja dengannya dan sudah tentu saya sangat sedih mendengar berita ini kerana dia juga merupakan seorang pelakon yang hebat,” katanya.

Sementara itu, penulis novel Harry Potter iaitu JK Rowling menerusi ciapan di Twitter memberitahu pelakon watak Hagrid itu sebagai seorang yang berbakat besar.

Pelakon yang membawa watak Hermione Granger iaitu Emma Watson menerusi hantaran di Instagram berkata Coltrane diibaratkan seperti bapa saudaranya sendiri.

Coltrane pernah menerima anugerah OBE pada tahun 2006 selain Anugerah Bafta Scotland pada tahun 2011 untuk sumbangannya dalam dunia seni. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here