Pastikan BN dipilih kerajaan dominan elak berlaku kerosakkan negara

0
1

RAKYAT Malaysia perlu mengembalikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang dominan pada Pilihan Raya Umun ke-15 (PRU15) bagi mengelakkan peluang ‘berkongsi kuasa’ yang merosakkan negara berlaku sekali lagi.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan yang dominan dapat membentuk kestabilan dan kemakmuran sekali gus dapat mencipta masa hadapan negara yang lebih baik.

“Insya-Allah BN kembali kerajaan dominan tiada ruang mereka ‘berkongsi kuasa’ untuk merosakkan negara lagi.

“Mereka mahu ‘berkongsi kuasa’ bentuk kerajaan dan selepas jadi kerajaan kembali ‘berebut kuasa’.

Akhirnya negara berdepan semula ketidakstabilan yang menyebabkan kemakmuran, kesejahteraan terhakis.

“Justeru, lawan BN bercadang untuk ‘berkongsi kuasa’ semula menjadi sebab penting untuk rakyat menyokong BN,” katanya di Facebook, hari ini.

Menjelaskan mengenainya, Ahmad Zahid yang merupakan Presiden Umno mendedahkan, kedengaran ura-ura parti lawan mahu mengadakan perbincangan untuk membentuk kerajaan campuran sekiranya tiada parti yang mendapat majoriti mudah pada PRU15 ini.

“Lawan BN mahu berbincang semula sesama mereka untuk ‘berkongsi kuasa’ selepas PRU-15?

“Istilah ‘berkongsi kuasa’ mereka namun agak meragukan kerana pernah terbukti mereka sukar untuk berkongsi.

“Selepas PRU-14 mereka pernah mendakwa ‘berkongsi kuasa’, tetapi ketamakan yang Malaysia saksikan.

“Berebut jawatan Perdana Menteri selepas dua tahun sehingga menyusahkan rakyat dan negara.

“Ini sesuatu yang harus dielakkan kerana Malaysia perlu bangkit segera demi masa depannya kembali gemilang,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here