
PELAKON, penerbit dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan.
Pelantikan yang berkuat kuasa pada 12 Oktober lalu itu, diumum Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Ia telah dipersetujui oleh kesemua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPN) Wilayah Persekutuan.
Sebelum ini, media melaporkan, Eizlan dan pengarah filem, Ahmad Idham hadir ke mesyuarat penubuhan Gagasan Bangsa (komponen bukan parti politik) yang bergabung dengan Gerakan Tanah Air (GTA) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, Eizlan mengesahkan kehadirannya dalam mesyuarat itu bukannya gambaran beliau akan menjadi calon mewakili mana-mana parti pada PRU15.
Sebaliknya, beliau menerima jemputan mendengar pandangan pemimpin pakatan baharu itu mengenai survival politik orang Melayu.
Terdahulu, Ahmad Idham dilantik sebagai Ketua Penerangan GTA Negeri Sembilan.
Pelantikan Ahmad Idham atau nama penuhnya Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri diumumkan Pengerusi GTA Negeri Sembilan, Zamani Ibrahim. – Malaysiapost
