Saarani dititah menghadap Sultan Perak hari ini

0
1

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dititahkan sekali lagi untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika ditanya pemberita selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 1444H/ 2022M hari ini, lapor Berita Harian.

“InsyaAllah hari ini saya akan menghadap (Sultan Nazrin) selepas balik dari majlis ini.

“Saya memang dititahkan menghadap tadi namun saya tidak pasti apa tujuannya. Tunggu sehingga pihak Istana buat pengumuman,” katanya.

Sesi menghadap itu dipercayai berkaitan keputusan permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bagi proses pemilihan di peringkat DUN serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kemlarin, media melaporkan, Sultan Nazrin belum memberi sebarang perkenan berkaitan pembubaran DUN selaras pembubaran Parlimen Ke-14.

Saarani berkata, sebarang ketetapan berkaitan bubar DUN akan dimaklumkan Sultan Perak kelak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here