KPM kerjasama dengan Microsoft Malaysia tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris

0
2

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha menambahbaik pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran demi memastikan anak-anak memahami apa yang telah dipelajari.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, berkata ia termasuk penggunaan terknologi digital dalam pendidikan.

Beliau berkata, terkini, dalam konteks penguasaan bahasa Inggeris, KPM bersama Microsoft Malaysia telah menjalin kerjasama dalam usaha meningkatkan penguasaan bahasa berkenaan dalam kalangan anak-anak generasi pewaris negara.

Menurutnya, inisiatif terbaharu KPM itu iaitu program ‘Microsoft Reading Progress’ akan dilancarkan dalam masa terdekat.

“Satu transformasi yang kita bakal laksanakan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

“Kalau dahulu kita baca bukan bahasa Inggeris mungkin tidak ada guru yang sempat untuk melihat apakah teknik pembacaan, sebutan betul dan tepat.

“Sebab itu dalam tempoh yang terdekat ini kita akan lancarkan satu program bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Radzi berkata, program itu bukan sahaja akan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid tetapi juga akan memudahkan guru-guru untuk melihat setakat mana murid menguasai bahasa itu khususnya dalam konteks percakapan dan sebutan perkataan.

“Kita akan lancarkan penggunaan Microsoft Reading Progress di mana murid boleh menggunakan aplikasi ini dan boleh membaca ayat-ayat yang disediakan oleh guru.

“Sistem ini akan menilai bacaan murid dalam konteks sebutannya. Ini dapat membantu murid untuk membuat sebutan yang tepat bagi setiap perkataan.

“Dalam masa sama ia dapat membantu murid untuk diperkenalkan dengan perkataan-perkataan baharu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here