PRU15: Anwar tolak kerjasama dengan Tun M

0
1
KUALA LUMPUR, 1 Mac -- Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Zikir dan Solat Hajat di kediaman beliau malam ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan tawaran Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bekerjasama buat kali kedua dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar berkata, beliau terpaksa menolak pelawaan Dr Mahathir kerana menyifatkan pendirian bekas Perdana Menteri itu sering berubah-ubah.

“Tidak mengapalah. Kita terus pantau sebab minggu depan beliau (Dr Mahathir) akan bagi (pendirian) berbeza, jadi dengar dan beri penghormatan,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) malam tadi.

Pada 11 Oktober lalu, Dr Mahathir berkata, sebarang soalan mengenai kerjasama antara beliau dan Anwar dalam PRU15 perlu ditanya sendiri kepada Presiden PKR tersebut.

Dr Mahathir yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15 ini berkata, Anwar enggan bekerjasama dengannya walaupun beliau seorang yang sangat baik.

“Soalan perlu diberikan kepadanya sama ada beliau akan bekerjasama dengan saya.

“Masalahnya beliau yang tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya adalah seorang yang sangat baik,” katanya.

Terdahulu dalam sidang media itu Dr Mahathir berkata, GTA bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang ‘sebulu’ dengannya.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan parti yang dimaksudkan.

Pada PRU14, Dr Mahathir yang keluar daripada Umno dan menubuhkan Bersatu telah menghulurkan tangan kepada musuh politiknya sejak tahun 1999, Anwar untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here