Tisu punggung Wafariena cedera, perut koyak dan pendarahan

0
2

PELAKON wanita, Wafariena Roslan yang sedang menjalani penggambaran drama terbaharunya cedera tisu bahagian punggung, manakala perutnya dipercayai koyak selain berlaku pendarahan.

Pelakon berusia 27 tahun itu dikatakan cedera selepas melakukan aksi lagak ngeri sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital swasta di Rawang untuk rawatan lanjut.

Memetik laporan Kosmo, ibunya, Suzana Hamad mengakui amat marah atas kejadian menimpa anaknya yang cedera semasa melakukan aksi lagak ngeri dalam babak sebuah drama lakonannya.

Beliau berkata, dia akan mengambil tindakan sekiranya kesihatan Wafariena semakin memburuk.

Suzana berkata, doktor memaklumkan tisu bahagian punggung Wafariena cedera, manakala perutnya koyak selain berlaku pendarahan.

Katanya, kejadian itu berlaku pada 8 Oktober lalu ketika anaknya melakonkan satu aksi ‘ditarik’ untuk menampakkan adegan seolah-olah dia melambung.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak produksi memaklumkan aksi dibuat pada jam tiga pagi itu perlu dilakukan sendiri oleh Wafariena dan bukannya pelakon lagak ngeri seperti dirancang.

“Penggambaran dilakukan dalam hutan gelap di Lenggong, Perak. Bayangkan selepas buat aksi ‘dilambung’, keluar seekor ular hitam.

“Pukul 6 pagi, Wafariena diminta masuk semula ke set walaupun dia cedera. Saya masih beri kerjasama walaupun hati sakit.

“Pengarah langsung tak datang tanya khabar. Jauh sekali minta maaf,” dakwanya.

Sementara itu, Wafariena dalam hantaran Instagram memaklumkan kini masa untuk dirinya berehat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here