TEMA utama manifesto Barisan Nasional (BN) – ‘Kestabilan dan Kemakmuran’ adalah iltizam gabungan itu untuk memastikan kebajikan rakyat diutamakan.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada masa sama kesejahteraan negara terus diperkasakan.
“Ia dengan penawaran polisi-polisi bersifat pro-rakyat dalam memacu pembangunan sosio-ekonomi yang mapan dan menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Malam tadi Mesyuarat Dewan Tertinggi BN bersetuju tema utama manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) iaitu ‘Kestabilan Dan Kemakmuran’.
Menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, BN komited untuk memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan kedaulatan negara terus terpelihara. – Malaysiapost

