Teka-teki tamat, Parlimen bubar hari ini

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung jam 3 petang tadi selepas menghadap dan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam pertemuan menghadap Baginda, semalam.

“Tengah hari semalam saya menghadap Yang di-Pertuan Agong menyembah warkah permintaan pembubaran Parlimen Ke-14.

“Selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan supaya Parlimen Ke14 dibubarkan pada hari ini.

“Dengan pengumuman ini, mandat akan dipulangkan kepada rakyat berlandas sistem demokrasi berparlimen . Mandat rakyat adalah penawar ampuh bagi negara menzahirkan kestabilan politik dan mewujudkan kerajaan teguh, stabil serta dihormati selepas PRU15,” katanya.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan teka-teki berhubung tarikh sebenar pembubaran Parlimen yang bertiup kencang sejak lebih seminggu lalu. 

Semalam, Ismail Sabri menghadap Al-Sultan Abdullah untuk memohon pembubaran Parlimen sejurus sebelum baginda berangkat ke London, pada malam tadi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here