DAP Pulau Pinang mesyuarat petang ini, bincang kedudukan DUN

0
2
Foto: Facebook Chow Kon Yeow

DAP Pulau Pinang bermesyuarat petang ini bagi membincangkan tindakan yang boleh diambil oleh jawatankuasa DAP negeri, susulan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Pengerusinya, Chow Kon Yeow, berkata antara isu yang akan diteliti adalah sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan dibubarkan serentak dengan pembubaran Parlimen, menimbang keputusan sebelum ini untuk tidak menganjurkan pilihan raya ketika musim hujan, dan membincangkan isu calon di peringkat parlimen.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan mewakili parti itu di peringkat Parlimen adalah menjadi keutamaan berbanding calon negeri, lapor Bernama.

“Memandangkan pelbagai gerak geri (kelihatan) sejak minggu lepas serta makluman di media sosial, ia menunjukkan hari ini (bubar Parlimen) akan sampai juga,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengesyorkan ketua-ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor disyorkan membubarkan DUN masing-masing serentak dengan pembubaran Parlimen bagi kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos.

Ismail Sabri berkata, tersebut bagi memastikan PRU15 didakan pada tarikh yang sama meskipun beberapa negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN.

Ia selepas beliau mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini untuk memberi laluan kepada PRU15.

Pengumuman itu dibuat selepas menghadap dan mendapat diperkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam pertemuan menghadap Baginda, semalam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here