Kerajaan gagal mendepani masalah rakyat – Anwar Ibrahim

0
1

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan gagal dalam mendepani permasalahan dihadapi rakyat ketika ini terutama membabitkan isu kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurutnya, isu kenaikan harga barang dan kejatuhan taraf hidup rakyat serta mata wang negara, terus mengesankan rakyat, namun sehingga kini kerajaan belum ada penyelesaian atau rencana yang jelas meskipun diasak terus pembangkang.

“Seperti selalu di Parlimen, soalan-soalan berkaitan kos sara hidup rakyat tidak akan mendapat perhatian yang tuntas meski kerajaan telah berjaya menubuhkan Pasukan Khas Tangani Inflasi. Saya ucapkan syabas atas langkah tersebut.

“Sekiranya diteliti fakta dan angka, kadar inflasi keseluruhan terkini telah meningkat kepada 4.7 peratus pada bulan Ogos 2022 dan inflasi makanan melonjak kepada 7.2 peratus,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Presiden PKR, berkongsi beberapa isu yang dibangkitkannya di Himpunan Harapan Perak Bangkit bersama warga Tanjung Piandang, Perak malam tadi.

Anwar berkata, pasukan khas yang ditubuhkan pada Jun lalu seperti tidak membawa makna kerana kadar inflasi terus meningkat.

“Justeru itu, sekali lagi saya ucap ‘syabas’ kerana ia tidak membawa sebarang makna dan perubahan kepada taraf hidup dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya, dan kerajaan ternyata gagal dalam mendepani permasalahan ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here