DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob sempat berseloroh kepada petugas, sama ada mahukan beliau mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.
“You nak I umum apa-apa ke?,” soal Perdana Menteri kepada sekumpulan wartawan serta jurukamera ketika tiba di bangunan Parlimen sempena pembentangan Bajet 2023 sebentar tadi.
Perdana Menteri berkata demikian sambil tersenyum kepada petugas media selepas diminta melambaikan tangan untuk sesi bergambar.
Terdahulu Perdana Menteri bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz tiba di bangunan Parlimen pada jam 3.56 petang.
Kehadiran kedua-dua pemimpin itu sekali gus mengesahkan Bajet 2023 dibentangkan hari ini, di sebalik spekulasi kuat Parlimen akan dibubarkan. – Malaysiapost

