Radzi Jidin syukur, usaha bina sekolah rendah baharu di Cyberjaya bakal terlaksana

0
2

MENTERI Kanan Pendidikan meluahkan kegembiraan susulan usaha Kementerian pendidikan (KPM) agar sebuah sekolah rendah baharu dibina di Cyberjaya, bakal menjadi kenyataan.

Ia selepas kerajaan mengumumkan mengenai pembinaan sekolah rendah baharu di kawasan tersebut menerusi Bajet 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan hari ini.

Dr Radzi berkata, beliau melawat ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cyberjaya untuk meninjau pengoperasian sekolah sewaktu pandemik Covid-19.

Menurutnya, sekolah itu mempunyai 2,418 murid dan merupakan sebuah sekolah yang padat.

“Kita ikhtiarkan agar sebuah sekolah baharu dapat dibina di kawasan itu untuk kemudahan ibu bapa dan anak-anak.

“Hari ini diumumkan bahawa sebuah sekolah rendah baharu akan dibina di Cyberjaya. Tahniah kepada penduduk Cyberjaya,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Dalam hantaran berasingan, Dr Radzi berkata ketika mula menjejak kaki di KPM, beliau bertekad agar isu bangunan daif di sekolah seluruh negara, khususnya di Sabah dan Sarawak, dapat ditangani dengan cekap dan menyeluruh.

“Tadi diumumkan, bagi tahun 2023, peruntukan untuk bangunan daif di sekolah ditingkatkan sebanyak RM454 juta kepada RM1.2 bilion berbanding RM746 juta tahun 2022.

“Kita akan terus ikhtiarkan yang terbaik,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here