Umno terus sogok untuk menang PRU15, ‘bebaskan’ Najib – Tun M

0
1

UMNO akan sekali lagi memberi sogokan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) seterusnya memberi pengampunan kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohmad

Bekas Perdana Menteri itu, berkata untuk merealisasikan perkara itu Umno perlu memberi sogokan yang banyak kepada pengundi.

“Dalam PRU15, Najib dan Umno akan guna sogokan lagi kerana jika Umno menang dan diri kerajaan, Najib akan diampun. Untuk tujuan ini sogokan yang banyak akan diberi kepada pengundi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pengundi yang menerima sogokan dan mengundi Umno itu akhirnya akan mendapat kerajaan yang tidak akan berkhidmat untuk bangsa, negara dan agama.

“(Justeru) jangan pilih Umno atau Barisan Nasional (BN) jika ingin dapat nikmat dari kerajaan yang bersih, cekap dan beramanah. Tolak sogokan, tolak calon yang menyogok,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir berpandangan parti politik yang menyogok wang kepada pengundi semasa pilihan raya adalah disebabkan mengemukan calon yang ‘tidak baik’.

“Mereka sogok wang dengan harapan apabila jadi kerajaan duit kerajaan boleh disapu oleh mereka, untuk dapat balik wang yang disogok.

“Mereka percaya dengan sogokan wang mereka akan menang dan mendirikan kerajaan yang akan melindungi jenayah mereka,” katanya.

Dr Mahathir memberi contoh, ketika Najib menjadi Perdana Menteri beliau menggugurkan Peguam Negara (AG) apabila mengetahui dirinya akan didakwa.

“AG dilucut jawatan dan kroni yang jinak dilantik. AG baru mendakwa Najib tidak lakukan apa-apa kesalahan. Apabila Najib kalah AG baru mendakwa dia dihadap ke mahkamah.

“Bukti menunjuk Najib sebenar bersalah dan dihukum penjara 12 tahun dan denda 210 juta Ringgit.

“Tiga hakim dalam Mahkamah Rayuan dan lima hakim dalam Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan hakim dalam Mahkamah Tinggi bahawa Najib bersalah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here