Puad persoal AG, bila nak dakwa Nazlan

0
2
PERAK TENGAH 16 JANUARI 2018. Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengadakan sidang media selepas program Jelajah Komuniti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar. NSTP/MUHAIZAN YAHYA

TINDAKAN Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang masih membisu sama ada akan mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali di mahkamah.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata ini kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan siasatan ke atasnya telah selesai.

“Bila lagi Peguam Negara akan dakwa Hakim Nazlan? Sudah banyak kali SPRM cakap, siasatan terhadap Nazlan sudah selesai.

“Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Nazlan kata, Najib tubuh SRC untuk curi duit: “Najib established and set-up SRC for purpose of “stealing money”.

“Sedangkan Maybank yang mencadangkan penubuhan SRC. Maybank dibayar RM800,000 kerana khidmat nasihatnya itu.

“Ketika itu Hakim Nazlan adalah Ketua Legal Counsel dan Setiausaha Syarikat kepada Maybank,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mohd Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor berkata, apa yang pelik kenapa bahan bukti penting itu ditolak oleh Mahkamah.

“Hakim Nazlan pula buat senyap sedangkan dia ada konflik kepentingan.

“Dia juga sepatutnya menarik diri sebagai hakim yang membicarakan kes Najib. Sebab itu Nazlan mesti didakwa. Apakah Maybank juga perlu disiasat?,” soal Mohd Puad.

Minggu lalu, SPRM mengesahkan kertas siasatan kes membabitkan Mohd Nazlan telah selesai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya menunggu arahan selanjutnya yang akan diberikan oleh Pejabat Peguam Negara (AG) untuk tindakan seterusnya.

SPRM sebelum ini dilapor membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan, susulan laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan ada sejumlah wang yang tak dapat ditentukan punca dalam akaunnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here