Istana Negara nafi Ahli Parlimen utus surat tarik sokongan terhadap PM

0
2

ISTANA Negara menafikan dakwaan sekumpulan Ahli Parlimen mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, lapor Berita Harian.

Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai berita palsu dan semua intipati yang disebarkan tidak benar.

“Kalau mahu tarik balik sokongan (terhadap Perdana Menteri) mereka (Ahli Parlimen) perlu hantar kepada Speaker (Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun) dan bukan Istana Negara,” katanya.

Terdahulu, ada dakwaan sekumpulan Ahli Parlimen mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menarik sokongan terhadap Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, semalam.

Semalam, Perdana Menteri mengesahkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, esok.

“Pertemuan itu adalah rutin biasa bagi membentangkan keputusan dibuat dalam Mesyuarat Kabinet.

“Kita tak tahu lagi bila akan bubar (Parlimen). Perjumpaan dengan Yang di-Pertuan Agong lebih kepada Kabinet. Biasanya sebelum Mesyuarat Kabinet, saya akan persembahkan kepada Agong perkara yang dibincangkan, termasuk perkara berbangkit,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here