PN tak mahu PRU15 tahun ini – Muhyiddin

0
2

PERIKATAN Nasional (PN) berpendirian bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak wajar diadakan pada tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pendirian itu memandangkan Monsun Timur Laut (MTL) akan bermula tidak lama lagi dengan banjir dijangka melanda negara terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur.

Menurutnya, mengadakan pilihan raya semasa musim banjir tentunya akan menjejaskan perjalanan pilihan raya disamping menyusahkan rakyat.

“Kerajaan mesti memberi fokus kepada persiapan menghadapi musim banjir disamping terus memberi tumpuam kepada usaha mempercepatkan proses pemulihan negara pasca pandemik.

“Rakyat sedang terbeban dengan masalah inflasi, kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai ringgit disamping proses pemulihan negara yang masih perlahan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata penyelesaian kepada permasalahan berkenaan mesti diberikan tumpuan sepenuhnya oleh kerajaan terutama menerusi Bajet 2023.

“Anggota Jemaah Menteri dari PN telah diminta untuk mempertegaskan pendirian ini di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Semua Ahli Parlimen PN juga diminta mengambil pendirian yang sama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here